Blog akan berpindah ke rumah baru

Salam sejahtera pengunjung setia. Kali ni aku menulis sepintas lalu bagi memaklumkan korang yang laman web kami akan berpindah ke rumah baru!

Akhirnya baru ada dot com baru? Sebenarnya ini dah kali ke berapa tukar nama blog (kembaratravelog menjadi zatiewanderer), kemudian pindah ke nama domain baru (duniabulat.com - 2012), kemudian pindah semula ke blogspot yang korang tengah baca sekarang ni.

Punca berpindah randah ni kerana terlupa nak renew domain, bajet tak cukup bila waktu untuk renew dah tiba, nama blog atau domain macam tak kencang atau masalah server webhosting yang agak slow dan last sekali aku naik fedup. Kali ni, for real guys sebab aku nak 'professional'kan laman web baru tu dan membuka peluang bagi sebarang bentuk penajaan, review, JJCM (jalan-jalan cari makan) dan sebagainya tentang pelancongan dan kembara. Ditambah pula, tahun 2019 nanti kami bercadang untuk melaksanakan lebih banyak kembara ke tempat-tempat yang mampu, insyaAllah.

Sebenarnya kalau ada modal aku akan renew domain sehingga 10 tahun lamanya kerana segala yang tercoret di sini adalah minat tahap melampau aku, hehe. Doakan ye. Rumah baru ni guna cloud hosting dan speed pun giler kencang. Mungkin aku akan attach CDN sekali bagi meng-kencang-kan lagi speed capaian bagi korang yang sedang kembara di Europe, US atau benua lain.

Mana link nya? Sini .... klik gambar bawah atau www.zatiewanderer.com. Kandungan masih belum dipindahkan. Kalau korang masuk ke sini dan tiba-tiba redirect ke sana, bermakna semua entri di sini dah dipindahkan ke rumah baru. Ishk, banyak entri dan gambar-gambar nak kena dipindahkan bak hang... :D


No comments

Powered by Blogger.